Wednesday, May 18, 2011

Khasiat buah DELIMA untuk IBU MENGANDUNG


Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi.
Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.

Buah delima baik untuk kerongkong, dada, paru-paru dan mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Buah Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Beraksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur ( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung ), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali ). Buah Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

-Prevent morning sickness( utk org mengandung)
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Memperelokkan rahim
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh.

Fyzah hanya nak kongsi dengan kengkawan di luar sana yang pregnant... sbb ramai juga kengkawan dan mereka yang fyzah kenal mengandung masa ni... ^_^ Semoga di mudahkan segalanya... kita hanya hanya mampu merancang dan berusaha.....

**pssttt tapi fyzah dah makan sebiji semalam.. RM 22.50 sebiji......pengsan... kekkeke


9 comments:

Noral Azlynda Zullazmay said...

Puan Fyzah kite sure dah pragnant kans??? lalala

KHAFYZAH said...

amin.... doakan yer... ;p
kiter kalau boleh nak saing dgn puan noral skali ni.. ;p

armouris said...

lagi info tentang delima di SIHAT SELALU - Delima Cerahkan Kulit

KHAFYZAH said...

tq ^_^

SUMIYYAH ABD RAHMAN said...

betul ker nih fyzah dah preggy????

Noral Azlynda Zullazmay said...

puan fyzah tlg doakan untuk kt sekali ek...heheeee

KHAFYZAH said...

kak su : jeng jeng jeng.... :p

noral : insyaallah darling.....

LiYaNa.MaZLaN said...

akk, buah delima kat mydin, rm4.50 je kak.. cuba try tgk sana.. =)

AL-Rumman Delima Organik said...

“Memberikan kesan dengan cepat”

Sepertimana yang ketahui bahawa penggunaan delima berfungsi dalam badan manusia untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. Tetapi beberapa orang menyedari bahawa nutrisi dan antioksidan yang terdapat dalam delima turut bertindak sebagai Agen Penyembuhan. .

Delima banyak dikeluarkan dalam bentuk jus yang mempunyai rasa buah sebenar. Apabila memakan delima untuk tujuan penyembuhan, anda perlu memakan biji kerana ia mengandungi vitamin dan nutrisi yang tertumpu di dalamnya.

Membuang bijinya seperti membuang separuh daripada khasiat yang terdapat dalam delima.

Delima amat berguna terhadap sistem ketahanan badan kerana mempunyai sumber vitamin dan nutrisi yang berbeza. Kandungan potassium dan polyphenols membantu dalam mencegah radikal yang berbahaya dalam aliran darah. Delima juga mengandungi asid panthothenic dimana ia membantu sel mengambil alih oksigen dan menyahkan toksik.
Dan ia kaya dengan vitamin B dan C, yang mana ia telah lama dibuktikan dalam meningkatkan fungsi kekebalan (imun).

Ia adalah Agen Penyembuhan dalam satu buah sama dengan gabungan buah-buah yang lain.
Sekarang anda dapat melihat delima sebagai;

“DELIMA Sebagai sumber pemakanan yang hebat”

Sesuai utk kegunaan seisi keluarga serta kpd anda yg menghidapi masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung & banyak lagi…Insya’Allah.

“PROMOSI HEBAT!!!!”
Beli 1 botol 1000 ml dapat 1 botol 1000 ml (diskaun 50%) , Percuma Keahlian dan 1 botol 314 ml.

*Hanya guna sendiri dan kongsi kebaikan, keuntungan lumayan menanti anda…
(Pengedar/Stokis diperlukan di seluruh Malaysia)

Hubungi kami di talian:-
09-827 2737 / 017-928 2838

http://al-rumman.blogspot.com/